Aktiviti untuk murid berpencapaian tinggi.
Hasil Pembelajaran :
Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan ‘non standard unit’.
Alatan dan bahan-bahan :
Bekas silinder sama saiz .
Balang kuih
Bekas berbentuk kuboid
Gelas plastik
Langkah-langkah aktiviti :
1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil iaitu 5 orang dalam satu kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan dua balang berlainan saiz , dua biji bekas silinder sama saiz dan satu gelas plastik.
3. Setiap kumpulan diberikan satu borang. Seorang pencatat dilantik daripada setiap kumpulan.
4. Setiap kumpulan mengangar jumlah gelas cecair yang diperlukan untuk diisi di dalam dua palang kuih tersebut.
5. Murid mengisi cecair di dalam dua biji balang kuih tersebut. Kemudian murid melihat semula anggaran yang telah dibuat berbanding dengan jumlah sebenar berdasarkan amali yang telah dijalankan.
Bekas | Balang A | Balang B |
Anggaran |
|
|
Sukatan yang sebenar |
|
|
6. Kemudian, murid menulis jawapan ke dalam pernyataan di bawah :
a) Balang A dapat mengisi ...........gelas cecair.
b) Balang B dapat mengisi ..........gelas cecair.
c) Balang A dapat mengisi paling banyak/paling sedikit gelas cecair.
d) Balang A dapat mengisi paling banyak/paling sedikit gelas cecair.
7. Murid pula diminta menuang air di dalam Balang A dan B ke dalam bekas berbentuk silinder yang mempunyai saiz yang sama.
8. Murid melihat perbezaan paras cecair di Silinder A dan B.
a) Bekas silinder A lebih sedikit/lebih banyak cecair
b) Bekas silinder B lebih sedikit/lebih banyak cecair