Thursday, November 25, 2010

Pengenalan

Mengukur/menyukat adalah satu proses yang mana satu nombor untuk menunjukkan kedudukan asal objek yang hendak disukat. Satu benda yang boleh diukur ialah menyukat isipadu cecair. Satu sistem untuk memperkembangkan konsep yang boleh membantu kanak-kanak belajar menyukat isipadu cecair dengan lebih berkesan. Cecair adalah salah satu daripada empat fasa jirim utama. Ia berbentuk bendalir di mana bentuknya bergantung kepada bekas yang mengandunginya. Isipadu adalah tetap di bawah keadaan suhu dan tekanan yang malar. Melainkan isipadu ini sama dengan isipadu bekas, satu permukaan rata akan terhasil.

Mengenalpasti Sifat Bagi Isipadu Cecair

Satu daripada langkah pertama dalam pengukuran isipadu cecair ialah mengetahui apa yang anda sukat. Mungkin bunyinya mudah, tetapi ia mungkin menjadi punca kesukaran bagi kanak-kanak.Seperti kanak-kanak melakukan perbandingan-perbandingan ini, mereka bukan sahaja meningkat kefahaman tentang sifat dan kosa kata yang dikaitkan, malahan mereka juga turut mempelajari langkah-langkah yang akan membantu mereka menentukan sesuatu nombor. Peringkat ini biasanya dipanggil pra-pengukuran, memandangkan tidak melibatkan apa-apa nombor.

Salah Konsep Mengenai Kapasiti      

      Sekiranya seseorang itu mengganggap kapasiti sebagai satu sifat bagi bekas, maka sifat ini boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak dengan bertanya,”Bekas mana yang ada lebih isinya”. Walau bagaimanapun, seorang guru perlu lebih berhati-hati dan mengetahui bahawa berlaku  salah konsep mengenai kapasiti dalam sesetengah kanak-kanak. Ramai kanak-kanak datang ke sekolah dengan beberapa konsep panjang dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya. Tetapi mereka mempunyai idea yang sangat sedikit mengenai kapasiti. Walaupun perbandingan persepsi boleh dibuat di antara dua bekas, kanak-kanak biasanya membuat perbandingan mengenai panjang (atau lebih tepat, tingginya) berbanding kapasiti. Apabila ditanya tentang bekas mana yang mempunyai lebih isi, sama ada bekas yang lebih  tinggi ataupun bekas yang pendek, kebanyakkan kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun bekas yang pendek itu mempunyai lebih isi. Oleh itu, cara terbaik ialah bermula dengan mengkaji kapasiti menggunakan perbandingan langsung. Untuk membuat perbandingan langsung, kita perlukan beberapa jenis pengisi: air dan pasir adalah mudah untuk kanak-kanak. Dengan diberi beberapa bekas, kanak-kanak boleh mengisi satu bekas dan menuangnya ke satu bekas yang lain untuk melihat bekas yang boleh mengisi lebih.       

Peringkat-peringkat Perkembangan Konseptual Bagi Isipadu Cecair Tahun 2

Pengukuran ialah satu proses di mana satu nombor ditugaskan kepada satu sifat objek ataupun acara. Satu perkembangan konseptual yang sistematik akan membantu murid mempelajari topik ini dengan lebih berkesan. Berdasarkan proses pengukuran, perkembangan pedagogi berikut adalah dicadangkan bagi topik Isipadu Cecair Tahun 2.

a)      Mengenalpasti sifat bagi isipadu cecair
b)      Perbandingan langsung bagi isipadu cecair
c)      Perbandingan tidak langsung bagi isipadu cecair melalui rujukan
d)     Mengenalpasti alat-alat yang digunakan sebagai pengukuran bukan piawai bagi isipadu   
         cecair
e)      Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran bukan piawai
f)       Memperkenalkan pengukuran-pengukuran piawai bagi isipadu cecair
g)      Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai dalam liter.

No comments:

Post a Comment