Aktiviti bagi murid pencapaian rendah
Hasil Pembelajaran :
Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan ‘non standard unit’.
Alatan dan bahan-bahan yang digunakan
Bekas berbentuk kubus
Bekas berbentuk silinder (botol)
Gelas plastik
Langkah-langkah aktiviti :
1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 5 orang satu kumpulan.
2. Seorang ketua daripada setiap kumpulan dilantik sebagai pencatat.
3. Setiap kumpulan akan diberi satu set bekas yang berlainan saiz yang terdiri daripada 3 biji bekas. Setiap kumpulan juga diberi satu gelas plastik yang kecil.
4. Murid mengisi cecair ke dalam bekas yang berlainan saiz tersebut dengan menggunakan gelas plastik yang telah diberikan oleh guru untuk setiap kumpulan.
5. Murid mencatat bilangan gelas cecair yang diperlukan untuk mengisi cecair di dalam bekas-bekas tersebut.
Bekas | Bilangan gelas cecair |
A | |
B |
6. Guru meminta wakil daripada setiap kumpulan menunjukkan semula di hadapan kelas bilangan gelas cecair yang dituangkan ke dalam setiap bekas. Murid-murid lain membilang bilangan gelas cecair yang dituang bersama-sama.
7. Di akhir aktiviti Murid dapat menyatakan bekas yang boleh mengisi cecair paling banyak, sedikit dan paling sedikit.
a) Bekas A mengisi lebih banyak cecair daripada bekas B
b) Bekas B mengisi lebih sedikit cecair daripada bekas A
c) Bekas A dapat mengisi paling banyak cecair.
d) Bekas B dapat mengisi paling sedikit air
No comments:
Post a Comment