Friday, November 26, 2010

Rujukan

Murugiah S/O Velayutham.,& Kao Thuan Keat (2010). HBMT 2103  Teaching    
Mathematics in Year Two:Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Kennedy, L.M., & Tipps, S. (2000). Guiding Children”s Learning of Mathematics  Allyn &
Wadsworth, US

Rucker, W. E., & Dilley, C. A. (1981). Heath Mathematics. D. C. Heath and Company, US.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa topik Isipadu Cecair ialah bagaimana kita kita ingin menerokai kapasiti di dalam sesuatu bagi bekas dan membezakan bekas mana yang mempunyai lebih banyak cecair. Untuk tahun 2, kapasiti yang diukur adalah terhad kepada liter sahaja di dalam sistem metrik. Pembelajaran isipadu cecair bermula dengan pengalaman konkriti dalam situasi sebenar melalui pengukuran menggunakan kedua-dua unit piawai dan bukan piawai.

Aktiviti 2

Aktiviti untuk murid berpencapaian tinggi.

Hasil Pembelajaran :
Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan ‘non standard unit’.

Alatan dan bahan-bahan :
*      Bekas silinder sama saiz .
*      Balang kuih
*      Bekas berbentuk kuboid
*      Gelas plastik

Langkah-langkah aktiviti :

1.      Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil iaitu 5 orang dalam satu kumpulan.
2.      Setiap kumpulan diberikan dua balang berlainan saiz , dua biji bekas silinder sama saiz dan satu gelas plastik.
3.      Setiap kumpulan diberikan satu borang. Seorang pencatat dilantik  daripada setiap kumpulan.
4.      Setiap kumpulan mengangar jumlah gelas cecair yang diperlukan untuk diisi di dalam dua palang kuih tersebut.
5.      Murid mengisi cecair di dalam dua biji balang kuih tersebut. Kemudian murid melihat semula anggaran yang telah dibuat berbanding dengan jumlah sebenar berdasarkan amali yang telah dijalankan.


Bekas
Balang A
Balang B
Anggaran


Sukatan yang sebenar





6.      Kemudian, murid menulis jawapan ke dalam pernyataan di bawah :

a)      Balang A dapat mengisi ...........gelas cecair.
b)      Balang B dapat mengisi ..........gelas cecair.
c)      Balang A dapat mengisi paling banyak/paling sedikit gelas cecair.
d)     Balang A dapat mengisi paling banyak/paling sedikit gelas cecair.

7.      Murid pula diminta menuang air di dalam Balang A dan B ke dalam bekas berbentuk silinder yang mempunyai saiz yang sama.
8.      Murid melihat perbezaan paras cecair di Silinder A dan B.

a)      Bekas silinder A lebih sedikit/lebih banyak cecair
b)      Bekas silinder B lebih sedikit/lebih banyak cecair

Aktiviti 1

Aktiviti bagi murid pencapaian rendah

Hasil Pembelajaran :
Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan ‘non standard unit’.

Alatan dan bahan-bahan yang digunakan
*      Bekas berbentuk kubus
*      Bekas berbentuk silinder (botol)
*      Gelas plastik

Langkah-langkah aktiviti :
1.      Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 5 orang satu kumpulan.
2.      Seorang ketua daripada setiap  kumpulan dilantik sebagai pencatat.
3.      Setiap kumpulan akan diberi satu set bekas yang berlainan saiz yang terdiri daripada 3 biji bekas. Setiap kumpulan juga diberi satu gelas plastik yang kecil.
4.      Murid mengisi cecair ke dalam bekas yang berlainan saiz tersebut dengan menggunakan gelas plastik yang telah diberikan oleh guru untuk setiap kumpulan.
5.      Murid mencatat bilangan gelas cecair yang diperlukan untuk  mengisi cecair  di dalam bekas-bekas tersebut.

Bekas
Bilangan gelas cecair
A

B


6.      Guru meminta wakil daripada setiap kumpulan menunjukkan semula di hadapan kelas bilangan gelas cecair yang dituangkan ke dalam setiap bekas. Murid-murid lain membilang bilangan gelas cecair yang dituang bersama-sama.
7.      Di akhir aktiviti Murid dapat menyatakan bekas yang boleh mengisi cecair paling banyak, sedikit dan paling sedikit.

a)      Bekas A  mengisi lebih banyak cecair daripada bekas B
b)      Bekas B  mengisi lebih sedikit cecair daripada bekas A
c)      Bekas A dapat mengisi paling banyak cecair.
d)     Bekas B dapat mengisi paling sedikit air

Video Isipadu cecair

Thursday, November 25, 2010

Bahan Bantu Mengajar

Bahan-bahan pengajaran yang digunakan.
*      Bahan-bahan ini mudah didapati di rumah. Bahan-bahan ini juga mudah didapati kerana ianya adalah bahan-bahan kitar semula. Bahan-bahan ini  juga terdiri daripada barangan plastik untuk menjamin keselamatan murid-murid.

a)      Bahan pengajaran untuk murid berpencapaian tinggi

Bahan-bahan dan alatan yang digunakan untuk murid berpencapaian rendah terdiri daripada dua biji bekas kuboid yang berlainan saiz, dua bekas silinder yang mempunyai saiz yang sama, gelas plastik dan cecair yang bewarna.

Balang kuih

Bekas berbentuk kuboid

Gelas plastik



b)      Bahan pengajaran untuk murid berpencapaian rendah

*      Bahan-bahan dan alatan yang digunakan untuk murid berpencapaian rendah terdiri daripada dua biji bekas berbentuk balng kuih yang berlainan saiz, gelas plastik dan cecair yang bewarna.
Bekas berbentuk kuboid

Bekas berbentuk silinder/botol

Gelas plastik

Pengenalan

Mengukur/menyukat adalah satu proses yang mana satu nombor untuk menunjukkan kedudukan asal objek yang hendak disukat. Satu benda yang boleh diukur ialah menyukat isipadu cecair. Satu sistem untuk memperkembangkan konsep yang boleh membantu kanak-kanak belajar menyukat isipadu cecair dengan lebih berkesan. Cecair adalah salah satu daripada empat fasa jirim utama. Ia berbentuk bendalir di mana bentuknya bergantung kepada bekas yang mengandunginya. Isipadu adalah tetap di bawah keadaan suhu dan tekanan yang malar. Melainkan isipadu ini sama dengan isipadu bekas, satu permukaan rata akan terhasil.

Mengenalpasti Sifat Bagi Isipadu Cecair

Satu daripada langkah pertama dalam pengukuran isipadu cecair ialah mengetahui apa yang anda sukat. Mungkin bunyinya mudah, tetapi ia mungkin menjadi punca kesukaran bagi kanak-kanak.Seperti kanak-kanak melakukan perbandingan-perbandingan ini, mereka bukan sahaja meningkat kefahaman tentang sifat dan kosa kata yang dikaitkan, malahan mereka juga turut mempelajari langkah-langkah yang akan membantu mereka menentukan sesuatu nombor. Peringkat ini biasanya dipanggil pra-pengukuran, memandangkan tidak melibatkan apa-apa nombor.

Salah Konsep Mengenai Kapasiti      

      Sekiranya seseorang itu mengganggap kapasiti sebagai satu sifat bagi bekas, maka sifat ini boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak dengan bertanya,”Bekas mana yang ada lebih isinya”. Walau bagaimanapun, seorang guru perlu lebih berhati-hati dan mengetahui bahawa berlaku  salah konsep mengenai kapasiti dalam sesetengah kanak-kanak. Ramai kanak-kanak datang ke sekolah dengan beberapa konsep panjang dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya. Tetapi mereka mempunyai idea yang sangat sedikit mengenai kapasiti. Walaupun perbandingan persepsi boleh dibuat di antara dua bekas, kanak-kanak biasanya membuat perbandingan mengenai panjang (atau lebih tepat, tingginya) berbanding kapasiti. Apabila ditanya tentang bekas mana yang mempunyai lebih isi, sama ada bekas yang lebih  tinggi ataupun bekas yang pendek, kebanyakkan kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun bekas yang pendek itu mempunyai lebih isi. Oleh itu, cara terbaik ialah bermula dengan mengkaji kapasiti menggunakan perbandingan langsung. Untuk membuat perbandingan langsung, kita perlukan beberapa jenis pengisi: air dan pasir adalah mudah untuk kanak-kanak. Dengan diberi beberapa bekas, kanak-kanak boleh mengisi satu bekas dan menuangnya ke satu bekas yang lain untuk melihat bekas yang boleh mengisi lebih.       

Peringkat-peringkat Perkembangan Konseptual Bagi Isipadu Cecair Tahun 2

Pengukuran ialah satu proses di mana satu nombor ditugaskan kepada satu sifat objek ataupun acara. Satu perkembangan konseptual yang sistematik akan membantu murid mempelajari topik ini dengan lebih berkesan. Berdasarkan proses pengukuran, perkembangan pedagogi berikut adalah dicadangkan bagi topik Isipadu Cecair Tahun 2.

a)      Mengenalpasti sifat bagi isipadu cecair
b)      Perbandingan langsung bagi isipadu cecair
c)      Perbandingan tidak langsung bagi isipadu cecair melalui rujukan
d)     Mengenalpasti alat-alat yang digunakan sebagai pengukuran bukan piawai bagi isipadu   
         cecair
e)      Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran bukan piawai
f)       Memperkenalkan pengukuran-pengukuran piawai bagi isipadu cecair
g)      Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai dalam liter.